Sunday, September 23, 2012

Yuna - Penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
mungkin nasib tak menyebelahi aku
entah mengapa engkau yang aku cinta
mungkin lebih baik kau ku lepas saja

ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagi ku
ini tidak adil
untuk kau bertanya jika aku mencintai mu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak pernah cuba memahami aku
cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
dan bila saat ku kehilangan
beban yang tak pernah kau cuba ringankan

ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil 
untuk kau bertanya jika aku mencintai mu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau bukan milikku

dan aku memang penakut
mengakui cinta kepada mu
seribu kali ku cuba ucap kan 
setiap kali bersama mu
kau bukan milikku
dan engkau pun tahu 
kau bukan milikku.

Saturday, August 25, 2012

Friends and wedding.

Makin berlalu nya masa, hari demi hari, bulan bertukar bulan,
detik detik yang berlalu,
tanpa kita sedar, terlalu banyak perkara yang berubah.
yang tak berubah nya aku je lah. 
masuk tahun ni, makin ramai kawan sekolah dan kawan kolej yang sudah pun berjaya membina masjid dengan pasangan masing-masing yang dah lama bersama. 
yang mana dah kawin pulak sedang menunggu hari menimang cahaya mata. 
yang sudah beranak satu pula sedang menunggu yang kedua.

tak tahu kenapa,
bermula dari tahun ni, 
setiap kali ade kawan aku kawin.
tak tahu lah.
hati ni rase sayu je. 
rase terharu je..

sebabnye,
bile aku tengok kawan aku kawin,
yang kawin tu semua da couple lame,
macam-macam dah dorang lalui,
mungkin salah satu sebab aku rase sayu,
adalah,
kasih sayang antara dorang yang kuat sangat dan juga kuasa tuhan menyatu kan mereka,
tiba jua mereka pada hari pernikahan.

aku nak itu.
aku nak kan seseorang yang ikhlas sayang aku seadanye aku.
seseorang yang nak aku jadi mak kepada anak-anak die,
nak aku jadi nenek kepada cucu-cucu nye.
nak melalui susah senang sakit sihat suka dan duka.
aku tak jumpa lagi.

kadang-kadang,
jauh kat sudut hati aku,
aku rindu sangat-sangat nak diri ni disayangi dan dihargai.
i miss the time when someone call me "sayang"
say nice thing to me,like,
"sayang, i miss you"
"sayang, I sayang you"

call me pathetic, 
call me hopeless romantic. 
when the fact is,
im just a normal girl asking for love and to be love.

sometime its just too much.
i cry a lot thinking maybe i'll end up alone. or. i don't know.
I just pray to Allah and leave everything to Him.


Sunday, July 22, 2012

Perfect


Thursday, July 19, 2012

TranSabah 270612-020712 Part 1 - Journey Starts

Salam dan hai.
Lama dah plan nak update pasal Sabah, tapi atas kesibukan yang buat buat membatas segala impian.
Plan nak ke Sabah ni bukan dibuat seminggu dua mahupun sebulan dua, tapi enam bulan awal. ye ENAM bulan awal. maknanya aku dah beli tiket bulan 12 lagi. Dalam masa enam bulan tu jugak, susah payah penat lelah kumpul duit untuk persiapan nak kesana. Ada jugak aku terfikir yang trip ke Sabah ni mungkin akan terbatal. Tapi atas semangat kuat nak pergi kuak lentang di lautan Mabul. aku kuat kan semangat juga.

Melaka-TBS-KL Sentral.
ok. mari mula. Start dari Melaka Sentral. Mat Arep hantar aku dan Mat Safwan hantar Sarah ke Melaka Sentral untuk kami menaiki bus dari Melaka ke TBS. Terima kasih daun keladi sudi hantar kami. 
Dalam bus lagi aku dengan Sarah dah tak habis habis cerita pasal Sabah. what to do, where to go, what to expect. Eceh, padahal borak lima belas menit je, lepas tu kroh kroh kroh. ZzZzZzzz. sado sado dah sampai TBS. Sampai TBS terus kan lagi perjalanan dengan mengambil train KTM ke KL Sentral. terima kasih daun keladi kepada train KTM haritu tak sesak sendat mendat macam sadin seperti selalu. Sampai kat KL Sentral,kami bercadang untuk mencari tempat makan dan cari tempat untuk charge phone aku sambil tunggu Pie dengan Tom sampai. Tengah makan, Sarah dapat call dari Pie dan dorang tak dapat cari kat mana kedai makan kami. (buat malu dok kl je la weyy!) Usai makan dan sesi perkenalan, kami gerak ke bawah menunggu Sky Bus untuk ke KLIA. Dalam bus ke sana, snap dua tiga empat lima enam gambar, terus kroh kroh kroh ZZzzzZz lagi, bukan ape, ingat dekat. rupenye makan sejam jugak nak ke sana.

KL Sentral-LCCT
ok, dah sampai LCCT, rasa jakun kejap, tapi pandai pandai la sorok kan rasa jakun tu kan. perkara pertama yang kitorang buat adalah print tiket flight dulu.then, letak beg untuk security check, dah lepas tu, guard tu tanya aku ape entah aku dah tak ingat, tapi yang aku ingat aku dengan Sarah dah gelabah tak tahu nak jawab ape, cepat cepat panggil Pie, then Pie pun jawab ape entah dekat guard tu, aku dah lupa jugak,tapi yang aku tak boleh lupa Pie cakap kat guard tu,"sorry cik, first time ni," damn lah! kantoi jugak! terkeluar kejap jakun tuh. haih.  after that, check in luggage, lepas check in luggage tu, fuhhhhh.. makaih die punye lega, rasa macam satu beban dah lepas. sementara nak tunggu pukul 8.30 malam tu, lepak kat McD. lepak punye lepak punye membebel punye bercakap dah tibe masa nak naik flight. time nak pergi kat flight tu aku punye debar mak datok ai. Sarah boleh rase kelajuan degupan jantung aku time tu. weehehe. Itu baru nak naik tu, dah naik, dah bergerak. dalam hati aku ni tak payah cerita la. entah berapa kali aku mengucap dua kalimah syahadah pun aku dah tak ingat dah. segala ayat ayat surah surah yang aku tahu yang aku hafal. hah! time ni la semua semua aku bace ! pulak tu pilot bagi amaran suruh duduk kat tempat masing masing sebab cuaca yang buruk. gila ape nak pergi tempat orang lain. aku berani nak toleh kiri kanan tu dah kira paling berani dah tu. nak suruh aku bangun pergi tempat lain? memang TAK LE!!! tapi itu aku, aku bengang gak tengok Sarah riang gile, tak takut langsung, siap rakam lagi pemandangan kat bawah. (sayangnye die dah terdelete video berkenaan) aku pun ade jugak tengok kat luar tingkap tu, acah acah berani orang kate. padahal dalam hati. "bapak ah. ni kalau terhempas ke ape ni. adoiii aiii..pilot ni tak rasa die terbang tinggi sangat ke woi !" tahan punya tahan mata,akhirnye terlena jugak. tapi mase nak landing tu, tekanan terlalu tinggi, jadi aku mengalami gegaran otak sebentar. lepas dua jam tiga puluh menit sampai juga kami di negeri bawah bayu. Sabah.

ok. aku dah lambat nak pergi kerja. nanti ada kelapangan aku sambung lagi. hihi.

Friday, July 6, 2012

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Salam Jumaat
Entri pantas copy paste dari Facebook. harap dapat dikongsikan bersama insyaAllah :)


Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas
1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat yang berada di dalam rumah akan menyahut.

2. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

3. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

4. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan."

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "

5. Siapa yang membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Perkara baik dikongsi bersama. yang baik tentunya datang dari Allah. yang buruk datang dari saye, Salam :)

Saturday, June 16, 2012

-sigh-


Adoi ! Sakitlah!!
DEBUSH ! DESHUM! Sakit badan, sakit luar dalam. Macam itu lah teruknya kena belasah dengan siapa lagi kalau bukan rindu.

(ayat copypaste dari penulis lejen Perawan)

Wednesday, June 6, 2012

kentut

Semalam aku tak sihat akibat perut penuh angin akibat tak kentut rasanya. Sebab aku boleh rase angin tu bergerak-gerak kat dalam perut ni. Bile badan penuh angin memang la rase tak sedap badan je kan.

huish. bahaye jugak tahan-tahan kentut ni. Lama jugak la aku tahan, dari Melaka bawak kan sampai ke Seremban, balik dari Seremban sampai dah hantar si sopiah tu baru la senang sket hati aku nak kentut.

Padahal, sopiah dah cakap dah, "takpe tyka kau kentut je tyka, aku tak kisah, paling tak pun kalau busuk aku bagitau lah" hm. macam tu la kate-kate dari kawan yang memahami. Tapi kennot. aku tetap malu jugak nak kentut. Maruah perlu di pertahan kan beb, kalau sendawa takpe. Sendawa lagi kuat lagi bagus orang kate, lagi nampak gah nye. So, jangan sama kan sendawa dengan kentut. tak sama.

Jadi, lepas aku drop je sopiah kat rumah die, aku pun tak sabar sabar nak kentut, ingat senang? siap nak kene angkat-angkat pungkoq lagi tau. Padu gile aku kentut. kene teran pulak tu. tapi jujur aku cakap, memang takdak bau. sebab ni kentut keluar kan angin je. haih. macam-macam hal kentut ni.

Dulu mase aku belajar kat KPMIM tercinta lagi indah tu, aku kadang-kadang ade jugak datang angin malas nak pergi kelas, bile aku nak ponteng, aku pergi klinik. Sampai satu tahap tu aku dah tak tau nak cakap kat doktor tu aku ni sakit ape, pastu kebetulan pulak dah lebih kurang empat hari aku tak berak. Jadi aku rasa ini satu bende yang harus dipandang serius, bile aku pergi klinik, aku nekad nak ketengah kan isu ni kat doktor tu nanti.

Doktor : sudah berapa lama tak membuang?
Aku     : em lebih kurang empat hari dah ni doktor.
(muke masing masing serius tahap dewa)
Doktor : baiklah, baring dulu saye nak check perut kamu.

aku pun baring, doktor tu tekan tekan perut aku. Tak rase sakit pun. muke aku pun rilex je.

Doktor : ok, perut awak takde pape. nanti saye bagi awak satu ubat ni, awak masuk kan ubat tu sekarang jugak, lepastu datang jumpe saye balik.
Aku     : ok doktor.

Lepastu aku kene pergi bilik rawatan untuk ambil ubat tu, kepale hotak aku ni pulak memang dah dok ligat je fikir macam mane pulak nak masuk kan ubat tu ? inject ke ? lepastu aku bagi kertas yang doktor tu bagi kat aku, kat abang yang bertugas tu, abang tu dah berkerut dahi, pastu menyengih pandang aku,

Abang klinik : macam mane abg nk ckp dengan awak ni ek.
Aku              : eh cakap je lah bang. kenape?
Akak klinik  : ape kau nak malu cakap dengan budak ni ? ha. ni dik, ubat ni kau masuk kan kat bontot tau.
Aku             : (ternganga)

Patut la abang tu malu nak bagitahu.. yang akak sorang lagi tu pun boleh tahan jugak. aku pun terangguk-angguk ambil ubat tu terus masuk toilet. Dalam toilet tak payah cakap la. aku dah dok mencangkung tenung ubat tu, "haaaa...gedik sangat kau kan sakit perut tak nak pergi kelas.. haaaa....hamekk kau... hamekk tyka...hamekkkk!"

Lepas ni jangan tahan kentut dan jangan ponteng kelas ye.

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab

Assalamualaikum cinta. ewah! ok ni satu lagi entry copy paste, just nak share perkara baik dengan korang semua, semoga hidup kita lebih di berkati di bulan Rejab ini. :)

Berdasarkan sabda Rasullah s.w.t, berpuasa pada bulan Rejab banyak kelebihan antaranya,

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
jom puasa dalam bulan Rejab ni ? :)

for more info tentang kelebihan bulan Rejab, click sini -----> Kelebihan bulan Rejab
for more info tentang kelebihan bulan Rejab, click sini ------> Kelebihan Bulan Rejab

Monday, May 21, 2012

Kisah si Tyko nak kurus.

Dari si tyko kecik sampai lah dah besar ni, satu isu yang die tak boleh nak selesai kan adalah isu berat badan.
Bagi dia, berat badan adalah kunci kepada penampilan dan keyakinan diri. Pada tahun 2009-2010 si tyko berjaya turun kan berat badan sebanyak 14kg dalam mase hampir 6bulan jugak lah. tapi tu time tu lah, sekarang dah tambah balik dah lemak lemak yang hilang dulu tu. 

Tapi sekarang bile tyko mula kan lagi misi misi untuk kurus kan badan, beliau terasa amat lah susah. tak tahu lah di mana silap nye. kurang makan salah, makan salah. exercise salah. tak exercise lagi lah bak ang!

mungkin masalah si tyko adalah komitmen, die susah nak bagi komitmen dalam jangka masa panjang. Paling lame die boleh bertahan adalah 2bulan. haih. sadis sungguh. bile dah give up, lepas tu macam pasrah je dengan keadaan fizikal yang sedia ada, 2,3 hari kemudian dok bebel bebel komplain badan makin membesar dengan sihat nye.

Bile si tyko dah lari lari seround due di tepi tepian pantai seiring bersama ombak yang mengganas, titis titsan peluh mula membasahi di dahi turun ke pipi kemudian ke leher, diikuti juga dengan peluh peluh yang menitis di badan sehingga membasah kan baju. Pada si tyko, itu adalah peluh peluh hasil lemak lemak yang pecah, kerana die yakin semasa die berlari die boleh dengar lemak lemak die menjerit jerit kepanasan di dalam sana, dan dia tersenyum dan berkata dalam hati,"ya, sudah tiba masanya kalian nyah dari badan aku" padahal, panas yang memancar yang mengakibat kan rembesan peluh peluh itu.

Setiap kali selesai sesi membina badan, si tyko tersenyum puas, bajet kekonon dah kurus letteww. tapi bila sarung baju. tersangkut sana sini lagi, dan si tyko mula mengeluh. "banyak lagi rupanya lemak lemak degil keparat aku ni," sambil menggeleng-geleng kepala.

#Doa bulan Rejab

Hari ini selepas maghrib masuk 1 Rejab...ayuh amalkan doa yang dibaca Nabi saw ini.. moga Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan yang dinantikan.. InshaAllah (^^,)



Quick update copy paste from Facebook :)
bende yang elok kita kongsi kan, bende buruk kita jauh kan. InsyaAllah :)

Friday, May 4, 2012

childish issue

isu yang sampai sekarang susah aku tangani adalah masalah kebudak budak kan dalam diri aku. tapi bende ni biasenye korang akan nampak bila aku disekililing orang-orang yang aku rasa selesa je. tapi kadang-kadang tu tersangat-sangat kebudak-budakkan la puleks.

kalau dengan mama, lagi la. mama cakap, dulu mase kecik kecik kau takde plak nak mengade macam ni.

=,='

jadi aku kena berubah, menjadi lebih matang. ya. matang!

sebab ape aku nak berubah, adelah sebab aku rase orang akan menyampah bile tengok aku mengade menggedik. auuuww aauuuuwww.. sampai bile nak ngade ngade macam ni kan? aish.

matang itu perlu.

Wednesday, May 2, 2012

changes

These few day had me thinking. Due to no work and stay at home too long.. I mean..TOO freaking long, no work, no money and I feel like I have no life at all. Stay at home, no entertainment.

ok, aku nak cakap ape sebenarnye ni ? im sucks when it comes to opening an entry. selalu lari tajuk.
ok, macam ni. disebab kan bos aku tak bagi aku kerja untuk dibuat, so aku duduk rumah je lah, duit pun tak masuk ape pun tak dak. duit nak pergi sabah tak kumpul-kumpul lagi, jadi bende ni buat aku lagi tambah cemas. hari hari tunggu call dari bos aku macam orang bodoh, setiap pagi tengok mesej twitter je yang penuh, mesej dari orang tu ? lagi la harem...mesej suruh kejut pagi je la yang ado.

ok, lari tajuk lagi. hari-hari aku rase macam aku ade je bende nak complain. complain pasal takde kerja lah, complain pasal dah makin gemok lah, complain tak dapat nak beli kasut lah, tak dapat beli baju lah, nak beli seluar baru tapi nak tunggu peha kecik lah,complain bile nak ade pakwe lah, eh, memacam lagi lah yang aku bebel, jadi aku rase kawan-kawan aku termasuk lah orang tu, dah naik bosan dengan aku ni yang asyik complain je memanjang.
 so one day tu, kawan aku cakap macam ni kat aku,

"doa lah kat Tuhan, sembahyang. insyaAllah kau dapat rezeki,"

 it got me thinking,
all these time i've been complaining a lot... but what did I do to change all of it? bos tak bagi kerja, kenape tak cari part time lain? kenape tak cari jalan lain? takde jalan? kenape tak berdoa supaya tunjuk kan jalan rezeki tu ? betul betul buat aku berfikir. yelah..aku bukan budak budak lagi. dah tiba mase aku cari duit untuk sara diri sendiri dan bukannya bergantung pada parents aku lagi (mekaseh babah tuang minyak hari hari).

aku asyik complain badan gemok, snap gambar."eee...gemok..gemok gemok"
tapi makan tak hingat plak kan. eskem eskem eskem, ni semua salah bos kau tau sarah (sarah adila) buat eskem sedap sangat. ok tertelan air liur plak bile teringat. disebab kan aku out of work hampir 3minggu, and bulan april ni aku keje 9hari je. jadi aku spent mase yang ade dengan gune strider yang babah beli tapi jarang sangat gune, beli mahal mahal tapi tak gune, ayah aku selalu bebel gitu, jadi biar aku gune. muehehe. setakat ni aku start buat 30minit pagi dan 30minit petang. setakat ni aku masih lagi bagi komitmen yang bagus walaupun takde perubahan langsung pade berat aku. tapi tak pa. kite cube lagi. try 3bulan tengok macam mane.

and last sekali, aku asyik complain pasal jodoh, mana tak nya, kawan kawan lepas sorang sorang kawin even aku bukannya nak kawin dalam masa terdekat, tapi aku rase aku patut dah ade seseorang to hold on to. aku ingat aku dah dapat. but i was wrong, hm. die macam dah jauh dari aku. even kami jumpe. tapi lepastu senyap aje. no call no text no nothing its like im nothing to him now. are thing moving too fast? idk, and i don't want to think. let God do his job, and i'll keep on praying.

moral of the story is. i should completely stop complaining. COMPLETELY. stop complaining and start trying.

good day to y'all. may Allah bless all of you who reading this with all His Rahmat. amin.

Thursday, April 26, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar



 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


#entry pantas copy paste dari fesbuk. just want to share it. :)

Friday, April 13, 2012

foolish.

i met u,
we were friend for awhile.
i fell for u.

u make me happy.
u put a smile on my face.
u fill my day with laughter.

but now?
why am i crying because of u ?
why do these tears have to fall?

just why...

Thursday, March 22, 2012

#diary mooserawk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau aku buat entry diary-diary ni, maknanye aku tengah bosan la tuh. Dah bosan pulak tuh takde idea nak update blog, jadi aku bantai kana je ape yang aku tulis dalam kertas kosong sewaktu aku tengah bosan tahap gampang menunggu orang. Kejadian berlaku di UTem.

Muka #1
Duduk sorang-sorang dekat café tadi. Bosan. Aku hanya mampu bertahan 20minit je. Itu pun aku gerak sebab Nampak ade budak bangsat naik keta kancil plat BJL 9454 letak kertas kat keta aku. Budus. Buang je la..ape la susah sangat jadi orang? Tak paham. =..=’
Ok, sekarang aku kat pusat Komp pulak, aman sket tak ramai orang kat sini. Tibe-tibe aku teringat pada suatu mase dulu, mase first time aku datang UTem ni menyamar dengan jayanye sebagai seorang student. Masa tu sara dengan cimi ade kelas 2jam, so dorang tinggal kan aku kat sini. Aku lepak dalam keadaan sejuk gila, then Heidi text aku cakap dah habis jawab test. Lepas tu aku lepak dengan die pulak. Semua nya rasa macam baru je berlaku, tapi tu semua berlaku pada tahun 2010, sekarang dah 2012, cepat kan masa berlalu ? time tu sara dengan cimi budak hingusan kt Utem, dorang sem 1, Heidi aku tk ingat, aku pulak time tu baru habis praktikal. Itu 2010. 2012 pulak ? sara dengan cimi dah sem 4, Heidi pulak dah kerja sebagai engineer, aku ? hmm..kerja part time kat Utem.
Kadang-kadang hati sebak memikir kan tentang mase depan diri sendiri. Aku seolah-olah hidup untuk hari esok dan bukan nye merancang untuk mase depan. Umur semakin meningkat, tapi perancangan tu tak Nampak lagi.
Ok, dah habis mengarut. Sara dari jauh berjalan datang kat aku dengan riang ria nye. So. papaii

Thursday, March 15, 2012

tik tok

hari ni hari ke-3 start kerja.
3 hari dah start tapi kerja aku tak start start lagi.
lengah kan membace Awek Chucky Taylor,
ade separuh lagi.
akan aku sambung bila ada masa yang terluang.
Sebelum nak start kerja tadi,
mate ni asyik menjeling je kat Awek Chucky Taylor tu.
Damn. kennot kennot. got to work.
see ya later Awek Chucky Taylor. *peace

Sunday, March 11, 2012

Doa #1


Saturday, March 10, 2012

Love Says it All

when you ask me,
"ape saye ni pada awak?"
and I answered,
"entah la awak."
you sound disappointed .

Sorry love,
I didn't mean to answer that.
I was still insecure about myself,

The truth is,
I want to say that you're someone's special to me,
you're mean something to me.
you're not just someone to me.

This relationship that we had.
We didn't put a label on it.
So I don't know what exactly to call you.
Are you my boyfriend ?
Am I your girlfriend ?
 nope.. we didn't label it.
And this is exactly what I called the new revolution of Relationship.
where we didn't label ourselves but we know how we feel about each other.

I am writing this entry just to let you know,
you're someone that I can call "addiction"
because I'm addicted to you.

Thursday, March 8, 2012

unpleasant feeling.

I don't know why I have all this feeling.
I hate checking my facebook notification every 5minute,
checking my twitter account, just to see your status,
check if you're online.
checking my phone every 5 seconds,
just to wait for your text or your calls.

I don't know why..
It seems like you have less interest on me now.
or is it just me ?

If you didn't text or call me,
and there I'll be..
keep on wondering what were you doing.
keep on wondering didn't you miss me ?

I know I have been hurt so many times.
but that doesn't mean I'm immune to heartache.

Guess this is why I hate being in love again.
I hate having all this unpleasant feeling that make me feel sad and down in sorrow.
I can't be selfish.
I can't expect him to be with me all  the time.
That's a commitment that he cannot give me.
I understood that myself from the beginning.
I have been prepared myself from the start.
But I'm just a girl who are searching for a happiness.
And I'm melting by the way you treat me.
I let my guard down, put aside my ego for you.

I love you, that is all and that is it.


Monday, March 5, 2012

Thursday, March 1, 2012

buddies


True friends are like diamonds, precious and rare. False friends are like leaves, found everywhere.

stranger




It’s amazing how at one point in our lives we will be extremely close with someone and then later they will become a complete stranger. 
You will pass by them without a word. 
Without a single acknowledging look. 
This person, who once knew you so well, 
who once knew your fears, your desires, your dreams, your past, 
is now walking right past you, seeing right through you

Friday, February 24, 2012

choices

we've been given choices for us to choose.
it is up to ourselves to decide.
day by day has left us,
minutes by minutes, hours by hours, 
we had wasted.
what had we achieve?

suddenly, you're in the middle of a junction.
you know there's road for you to go
but you can't choose because suddenly it is too dark for to decide.

meaning to say that,
we didn't realize how much time we have wasted.
all of sudden you're grown up. you need to make your own decision.
how are you going to know that you're making the right decision ?
follow your heart won't solve anything. thinking too much will ruin everything.

every now and then, no matter what. if we turn to HIM,
we'll guide you to the right path.
if the road was too hard for you to go trough, be strong. 
because you don't know what kind of victory awaits you. 

:)

Wednesday, February 22, 2012

:)


you make me smile
=)

Wednesday, February 1, 2012

untung nya menjadi wanita

salam semua ! 
lame tak update. hue huu.!
ni update pun sebab jumpe bahan2 bacaan kat fb. hihi. oke, before ni, aku fikir kalau kawin nak anak 2 or 3 saje. sebab takut nak beranak. tapi bile dah bace post ni. aku rase nak anak ramai2. :D <3
jemput lah bace.. :)






6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Friday, January 20, 2012

huh!

hati keras macam batu !
biar kan ego tu kawal diri kau !
buat sesuatu tak fikir pakai otak!
ikut kan sangat hati tu!


Monday, January 9, 2012

Malaysia aman ?


tragedi berdarah ?


mangsa diperkosa sebelum dibunuh ?


kendereaan penghuni flat dipecah samseng ?


samseng lagi ?


aku pernah terbace somewhere kat facebook yang mengate kan malaysia ni aman damai. aku rase budak tu tak bace surat khabar kot. kalau malaysia ni aman, kenape kes kes macam ni boleh keluar kat surat khabar SETIAP HARI ? ape tindakan polis atas mereke ni ? ape mereke buat untuk selesai kan masalah ni ? macam ni nak kate aman ? nak keluar rumah pun takut kalau macam ni..terbuat salah sikit je dah nak bertumpah darah bagai sampai nak bunuh bunuh. hmm..

#berdoa agar malaysia semakin aman dan bebas dari segala unsur jenayah. amin.

Saturday, January 7, 2012

any plan for 2012?

2011 gave me such heartache.
I can't bear with the pain.
I'm hoping 2012 will give me happiness.
from now and then, things change.
so much.
have we ever think about sudden change ?
the change that we didn't even expect.
the change that we don't want to...but we have to..

I've been there..
the sudden change that I have to accept..
that change that I have to get use to..
the change that I wish I never have to..

3 times...3 times someone came into my life..
make my life happy..
make me live my life to the fullest again..
yet..
when I'm feeling at the top of the world..
there they were..
let me fall alone..

Now ?
I'm scared..in fact, I'm too scared too look ahead..
Can't even see it..can't even imagine it.
the road is too dark to predict..

but that doesn't mean we have to give up right ? :)
turn to HIM..
insyaAllah...HE'll help me guide trough all this....

:')

Monday, January 2, 2012

welcome 2012

Diam tak diam dah masuk tahun baru dah. 
2011 dah pun pergi meninggal kan kite, 
dan kini masenye untuk kite mulakan lembaran baru bersame tahun baru.
setiap tahun pastinye ade kenangan pahit manis.
aku rase pahit dan manis sepanjang perjalanan tahun 2011 adelah same rata.
kenalan pun makin banyak bertambah dan juga berkurangan sepanjang tahun 2011.

paling buat aku happy bile aku kenal seorang hamba Allah ni..
aku panggil die "abg"..
sebab die care kat aku macam seorang abg kepade adik..
hari2 hangout dengan die..tak bosan langsung.
ade je bende aku nak kene kan die dan die nak kene kan aku..
aku sempat kenal die selame 3-4bulan je..
nak buat macam mane..akhirnye aku dituduh porak peranda kan hidup orang..
aku tak minta semua ni jadi..tapi kalau dah itu ketentuanNya..aku redha..
antara hari terakhir aku dapat hangout dengan die..best sangat2...
sepanjang hari aku lepak dengan die..dari pagi sampai ke malam..
jalan-jalan,...lepak kat pantai..kejar-kejar makan ice cream..
naik basikal same-same..
hmmm...
aku tau tak mungkin aku dapat jumpe die lagi dan berkawan macam dulu..
kalau lah die bace entri buruk aku neh..

"bang, aku rindu kau doh...kenape kau tinggal kan aku ?aku tak pernah tinggalkan kau
jauh sekali aku nak porak peranda kan hidup kau bang..aku rindu nak lepak dengan kau..naik kete dengan kau,kau bawak laju gile bajet dalam macam dalam cite fast 5..tengok wayang dengan kau..makan cendol...makan me goreng..lumba sape abes kan dulu..lepak depan rumah kau, lepak klebang..
aku rindu nak dengar kau pujuk aku..game aku..cite kat aku pasal masalah kau..kau dengar masalah aku lepas tu nanti kau balas "so sad" pastu aku bengang aku tumbuk2 kau...huhu..rindu kau...huh.."

:'(