Thursday, July 19, 2012

TranSabah 270612-020712 Part 1 - Journey Starts

Salam dan hai.
Lama dah plan nak update pasal Sabah, tapi atas kesibukan yang buat buat membatas segala impian.
Plan nak ke Sabah ni bukan dibuat seminggu dua mahupun sebulan dua, tapi enam bulan awal. ye ENAM bulan awal. maknanya aku dah beli tiket bulan 12 lagi. Dalam masa enam bulan tu jugak, susah payah penat lelah kumpul duit untuk persiapan nak kesana. Ada jugak aku terfikir yang trip ke Sabah ni mungkin akan terbatal. Tapi atas semangat kuat nak pergi kuak lentang di lautan Mabul. aku kuat kan semangat juga.

Melaka-TBS-KL Sentral.
ok. mari mula. Start dari Melaka Sentral. Mat Arep hantar aku dan Mat Safwan hantar Sarah ke Melaka Sentral untuk kami menaiki bus dari Melaka ke TBS. Terima kasih daun keladi sudi hantar kami. 
Dalam bus lagi aku dengan Sarah dah tak habis habis cerita pasal Sabah. what to do, where to go, what to expect. Eceh, padahal borak lima belas menit je, lepas tu kroh kroh kroh. ZzZzZzzz. sado sado dah sampai TBS. Sampai TBS terus kan lagi perjalanan dengan mengambil train KTM ke KL Sentral. terima kasih daun keladi kepada train KTM haritu tak sesak sendat mendat macam sadin seperti selalu. Sampai kat KL Sentral,kami bercadang untuk mencari tempat makan dan cari tempat untuk charge phone aku sambil tunggu Pie dengan Tom sampai. Tengah makan, Sarah dapat call dari Pie dan dorang tak dapat cari kat mana kedai makan kami. (buat malu dok kl je la weyy!) Usai makan dan sesi perkenalan, kami gerak ke bawah menunggu Sky Bus untuk ke KLIA. Dalam bus ke sana, snap dua tiga empat lima enam gambar, terus kroh kroh kroh ZZzzzZz lagi, bukan ape, ingat dekat. rupenye makan sejam jugak nak ke sana.

KL Sentral-LCCT
ok, dah sampai LCCT, rasa jakun kejap, tapi pandai pandai la sorok kan rasa jakun tu kan. perkara pertama yang kitorang buat adalah print tiket flight dulu.then, letak beg untuk security check, dah lepas tu, guard tu tanya aku ape entah aku dah tak ingat, tapi yang aku ingat aku dengan Sarah dah gelabah tak tahu nak jawab ape, cepat cepat panggil Pie, then Pie pun jawab ape entah dekat guard tu, aku dah lupa jugak,tapi yang aku tak boleh lupa Pie cakap kat guard tu,"sorry cik, first time ni," damn lah! kantoi jugak! terkeluar kejap jakun tuh. haih.  after that, check in luggage, lepas check in luggage tu, fuhhhhh.. makaih die punye lega, rasa macam satu beban dah lepas. sementara nak tunggu pukul 8.30 malam tu, lepak kat McD. lepak punye lepak punye membebel punye bercakap dah tibe masa nak naik flight. time nak pergi kat flight tu aku punye debar mak datok ai. Sarah boleh rase kelajuan degupan jantung aku time tu. weehehe. Itu baru nak naik tu, dah naik, dah bergerak. dalam hati aku ni tak payah cerita la. entah berapa kali aku mengucap dua kalimah syahadah pun aku dah tak ingat dah. segala ayat ayat surah surah yang aku tahu yang aku hafal. hah! time ni la semua semua aku bace ! pulak tu pilot bagi amaran suruh duduk kat tempat masing masing sebab cuaca yang buruk. gila ape nak pergi tempat orang lain. aku berani nak toleh kiri kanan tu dah kira paling berani dah tu. nak suruh aku bangun pergi tempat lain? memang TAK LE!!! tapi itu aku, aku bengang gak tengok Sarah riang gile, tak takut langsung, siap rakam lagi pemandangan kat bawah. (sayangnye die dah terdelete video berkenaan) aku pun ade jugak tengok kat luar tingkap tu, acah acah berani orang kate. padahal dalam hati. "bapak ah. ni kalau terhempas ke ape ni. adoiii aiii..pilot ni tak rasa die terbang tinggi sangat ke woi !" tahan punya tahan mata,akhirnye terlena jugak. tapi mase nak landing tu, tekanan terlalu tinggi, jadi aku mengalami gegaran otak sebentar. lepas dua jam tiga puluh menit sampai juga kami di negeri bawah bayu. Sabah.

ok. aku dah lambat nak pergi kerja. nanti ada kelapangan aku sambung lagi. hihi.

2 comments:

Mohd Hafiz Abdul Halim Shah said...

hahaha..ni mesti ojas yang hasut ni........lepas ni main futsal gak kan...haahaha

sarah zulkifli said...

i wanna see some pictures !