Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab

Assalamualaikum cinta. ewah! ok ni satu lagi entry copy paste, just nak share perkara baik dengan korang semua, semoga hidup kita lebih di berkati di bulan Rejab ini. :)

Berdasarkan sabda Rasullah s.w.t, berpuasa pada bulan Rejab banyak kelebihan antaranya,

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
jom puasa dalam bulan Rejab ni ? :)

for more info tentang kelebihan bulan Rejab, click sini -----> Kelebihan bulan Rejab
for more info tentang kelebihan bulan Rejab, click sini ------> Kelebihan Bulan Rejab

Monday, May 21, 2012

Kisah si Tyko nak kurus.

Dari si tyko kecik sampai lah dah besar ni, satu isu yang die tak boleh nak selesai kan adalah isu berat badan.
Bagi dia, berat badan adalah kunci kepada penampilan dan keyakinan diri. Pada tahun 2009-2010 si tyko berjaya turun kan berat badan sebanyak 14kg dalam mase hampir 6bulan jugak lah. tapi tu time tu lah, sekarang dah tambah balik dah lemak lemak yang hilang dulu tu. 

Tapi sekarang bile tyko mula kan lagi misi misi untuk kurus kan badan, beliau terasa amat lah susah. tak tahu lah di mana silap nye. kurang makan salah, makan salah. exercise salah. tak exercise lagi lah bak ang!

mungkin masalah si tyko adalah komitmen, die susah nak bagi komitmen dalam jangka masa panjang. Paling lame die boleh bertahan adalah 2bulan. haih. sadis sungguh. bile dah give up, lepas tu macam pasrah je dengan keadaan fizikal yang sedia ada, 2,3 hari kemudian dok bebel bebel komplain badan makin membesar dengan sihat nye.

Bile si tyko dah lari lari seround due di tepi tepian pantai seiring bersama ombak yang mengganas, titis titsan peluh mula membasahi di dahi turun ke pipi kemudian ke leher, diikuti juga dengan peluh peluh yang menitis di badan sehingga membasah kan baju. Pada si tyko, itu adalah peluh peluh hasil lemak lemak yang pecah, kerana die yakin semasa die berlari die boleh dengar lemak lemak die menjerit jerit kepanasan di dalam sana, dan dia tersenyum dan berkata dalam hati,"ya, sudah tiba masanya kalian nyah dari badan aku" padahal, panas yang memancar yang mengakibat kan rembesan peluh peluh itu.

Setiap kali selesai sesi membina badan, si tyko tersenyum puas, bajet kekonon dah kurus letteww. tapi bila sarung baju. tersangkut sana sini lagi, dan si tyko mula mengeluh. "banyak lagi rupanya lemak lemak degil keparat aku ni," sambil menggeleng-geleng kepala.

#Doa bulan Rejab

Hari ini selepas maghrib masuk 1 Rejab...ayuh amalkan doa yang dibaca Nabi saw ini.. moga Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan yang dinantikan.. InshaAllah (^^,)



Quick update copy paste from Facebook :)
bende yang elok kita kongsi kan, bende buruk kita jauh kan. InsyaAllah :)

Friday, May 4, 2012

childish issue

isu yang sampai sekarang susah aku tangani adalah masalah kebudak budak kan dalam diri aku. tapi bende ni biasenye korang akan nampak bila aku disekililing orang-orang yang aku rasa selesa je. tapi kadang-kadang tu tersangat-sangat kebudak-budakkan la puleks.

kalau dengan mama, lagi la. mama cakap, dulu mase kecik kecik kau takde plak nak mengade macam ni.

=,='

jadi aku kena berubah, menjadi lebih matang. ya. matang!

sebab ape aku nak berubah, adelah sebab aku rase orang akan menyampah bile tengok aku mengade menggedik. auuuww aauuuuwww.. sampai bile nak ngade ngade macam ni kan? aish.

matang itu perlu.

Wednesday, May 2, 2012

changes

These few day had me thinking. Due to no work and stay at home too long.. I mean..TOO freaking long, no work, no money and I feel like I have no life at all. Stay at home, no entertainment.

ok, aku nak cakap ape sebenarnye ni ? im sucks when it comes to opening an entry. selalu lari tajuk.
ok, macam ni. disebab kan bos aku tak bagi aku kerja untuk dibuat, so aku duduk rumah je lah, duit pun tak masuk ape pun tak dak. duit nak pergi sabah tak kumpul-kumpul lagi, jadi bende ni buat aku lagi tambah cemas. hari hari tunggu call dari bos aku macam orang bodoh, setiap pagi tengok mesej twitter je yang penuh, mesej dari orang tu ? lagi la harem...mesej suruh kejut pagi je la yang ado.

ok, lari tajuk lagi. hari-hari aku rase macam aku ade je bende nak complain. complain pasal takde kerja lah, complain pasal dah makin gemok lah, complain tak dapat nak beli kasut lah, tak dapat beli baju lah, nak beli seluar baru tapi nak tunggu peha kecik lah,complain bile nak ade pakwe lah, eh, memacam lagi lah yang aku bebel, jadi aku rase kawan-kawan aku termasuk lah orang tu, dah naik bosan dengan aku ni yang asyik complain je memanjang.
 so one day tu, kawan aku cakap macam ni kat aku,

"doa lah kat Tuhan, sembahyang. insyaAllah kau dapat rezeki,"

 it got me thinking,
all these time i've been complaining a lot... but what did I do to change all of it? bos tak bagi kerja, kenape tak cari part time lain? kenape tak cari jalan lain? takde jalan? kenape tak berdoa supaya tunjuk kan jalan rezeki tu ? betul betul buat aku berfikir. yelah..aku bukan budak budak lagi. dah tiba mase aku cari duit untuk sara diri sendiri dan bukannya bergantung pada parents aku lagi (mekaseh babah tuang minyak hari hari).

aku asyik complain badan gemok, snap gambar."eee...gemok..gemok gemok"
tapi makan tak hingat plak kan. eskem eskem eskem, ni semua salah bos kau tau sarah (sarah adila) buat eskem sedap sangat. ok tertelan air liur plak bile teringat. disebab kan aku out of work hampir 3minggu, and bulan april ni aku keje 9hari je. jadi aku spent mase yang ade dengan gune strider yang babah beli tapi jarang sangat gune, beli mahal mahal tapi tak gune, ayah aku selalu bebel gitu, jadi biar aku gune. muehehe. setakat ni aku start buat 30minit pagi dan 30minit petang. setakat ni aku masih lagi bagi komitmen yang bagus walaupun takde perubahan langsung pade berat aku. tapi tak pa. kite cube lagi. try 3bulan tengok macam mane.

and last sekali, aku asyik complain pasal jodoh, mana tak nya, kawan kawan lepas sorang sorang kawin even aku bukannya nak kawin dalam masa terdekat, tapi aku rase aku patut dah ade seseorang to hold on to. aku ingat aku dah dapat. but i was wrong, hm. die macam dah jauh dari aku. even kami jumpe. tapi lepastu senyap aje. no call no text no nothing its like im nothing to him now. are thing moving too fast? idk, and i don't want to think. let God do his job, and i'll keep on praying.

moral of the story is. i should completely stop complaining. COMPLETELY. stop complaining and start trying.

good day to y'all. may Allah bless all of you who reading this with all His Rahmat. amin.