Wednesday, June 12, 2013

birthday wish ?

all i ever wanted was.....

hmmm

nevermind

just another stupid post

Assalamualaikum.

okay. lame kan tak update blog.
lame tak membebel kat sini. membebel ape lagi kalau bukan pasal emo je kan?
haha.

setiap hari yang aku lalui sekarang ni
aku cube lalui dengan tabah.
aku cube lalui dengan semangat yang kuat dengan ketabahan di hati.
aku hanya mampu berdoa pada tuhan yg maha esa supaya tambah kan kesabaran di hati
agar aku dapat tempuh semua nya.
aku tahu tahap kemampuan aku sampai mana
aku tahu aku tak sebaik mane
tapi setiap hari aku mencube untuk menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya

ape yang aku mampu lakukan adalah berdoa.
berdoa dan terus berdoa agar suatu hari nanti aku akan temui juga kebahagiaan yang aku cari selama ni.

aku berhati lembut. terlalu lembut.
lembut sangat hingga begitu senang dilukai.
aku sangka kan aku dah temui kebahagiaan bila bertemu dengan kau.
sejak perkenalan kite memang aku akui aku sangat bahagia.
tapi tak sangka. begitu singkat sekali perasaan tu kekal.
tak pe lah. aku akan terus berdoa untuk memcari ape maksud atas semua ni berlaku.


Wednesday, January 9, 2013

sunnah-sunnah Nabi saw sebelum

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


:)