Wednesday, June 6, 2012

kentut

Semalam aku tak sihat akibat perut penuh angin akibat tak kentut rasanya. Sebab aku boleh rase angin tu bergerak-gerak kat dalam perut ni. Bile badan penuh angin memang la rase tak sedap badan je kan.

huish. bahaye jugak tahan-tahan kentut ni. Lama jugak la aku tahan, dari Melaka bawak kan sampai ke Seremban, balik dari Seremban sampai dah hantar si sopiah tu baru la senang sket hati aku nak kentut.

Padahal, sopiah dah cakap dah, "takpe tyka kau kentut je tyka, aku tak kisah, paling tak pun kalau busuk aku bagitau lah" hm. macam tu la kate-kate dari kawan yang memahami. Tapi kennot. aku tetap malu jugak nak kentut. Maruah perlu di pertahan kan beb, kalau sendawa takpe. Sendawa lagi kuat lagi bagus orang kate, lagi nampak gah nye. So, jangan sama kan sendawa dengan kentut. tak sama.

Jadi, lepas aku drop je sopiah kat rumah die, aku pun tak sabar sabar nak kentut, ingat senang? siap nak kene angkat-angkat pungkoq lagi tau. Padu gile aku kentut. kene teran pulak tu. tapi jujur aku cakap, memang takdak bau. sebab ni kentut keluar kan angin je. haih. macam-macam hal kentut ni.

Dulu mase aku belajar kat KPMIM tercinta lagi indah tu, aku kadang-kadang ade jugak datang angin malas nak pergi kelas, bile aku nak ponteng, aku pergi klinik. Sampai satu tahap tu aku dah tak tau nak cakap kat doktor tu aku ni sakit ape, pastu kebetulan pulak dah lebih kurang empat hari aku tak berak. Jadi aku rasa ini satu bende yang harus dipandang serius, bile aku pergi klinik, aku nekad nak ketengah kan isu ni kat doktor tu nanti.

Doktor : sudah berapa lama tak membuang?
Aku     : em lebih kurang empat hari dah ni doktor.
(muke masing masing serius tahap dewa)
Doktor : baiklah, baring dulu saye nak check perut kamu.

aku pun baring, doktor tu tekan tekan perut aku. Tak rase sakit pun. muke aku pun rilex je.

Doktor : ok, perut awak takde pape. nanti saye bagi awak satu ubat ni, awak masuk kan ubat tu sekarang jugak, lepastu datang jumpe saye balik.
Aku     : ok doktor.

Lepastu aku kene pergi bilik rawatan untuk ambil ubat tu, kepale hotak aku ni pulak memang dah dok ligat je fikir macam mane pulak nak masuk kan ubat tu ? inject ke ? lepastu aku bagi kertas yang doktor tu bagi kat aku, kat abang yang bertugas tu, abang tu dah berkerut dahi, pastu menyengih pandang aku,

Abang klinik : macam mane abg nk ckp dengan awak ni ek.
Aku              : eh cakap je lah bang. kenape?
Akak klinik  : ape kau nak malu cakap dengan budak ni ? ha. ni dik, ubat ni kau masuk kan kat bontot tau.
Aku             : (ternganga)

Patut la abang tu malu nak bagitahu.. yang akak sorang lagi tu pun boleh tahan jugak. aku pun terangguk-angguk ambil ubat tu terus masuk toilet. Dalam toilet tak payah cakap la. aku dah dok mencangkung tenung ubat tu, "haaaa...gedik sangat kau kan sakit perut tak nak pergi kelas.. haaaa....hamekk kau... hamekk tyka...hamekkkk!"

Lepas ni jangan tahan kentut dan jangan ponteng kelas ye.

3 comments:

Anonymous said...

haha...

kuat kentut jga ea..

wangi x??

Anonymous said...

nk dgr bunyi kentut u leh>>

sarah zulkifli said...

HAHAHHAHAHA!! kan aku dah cakap kentut je kentut. -sarah sophea